Jenis Jangkitan

Jenis Jangkitan
Jangkitan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1. Jangkitan Endogenus
2. Jangkitan Melalui Hubungan Seksual
3. Jangkitan Iatrogenik


Jangkitan Endogenus
1. Adalah jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang sumbernya datang dari diri sendiri, biasanya berasal dari anus (dubur). Walaupun bahagian dubur telah dibersihkan selepas membuang air besar, kita masih belum dapat memastikan bahawa ia telah benar-benar bebas daripada mikroorganisma.

Kadang-kadang pula, sewaktu terkentut, batuk atau ketawa berlaku apa yang disebut kecirit iaitu keluarnya cairan dari dubur yang mengandungi bakteria, kulat atau parasit.

2. Dalam keadaan cairan/lendir yang normal meningkat, bahagian kemaluan dan seluar dalam akan menjadi lembab. Seluar dalam yang lembab ini akan dicemari oleh mikroorganisma yang ada pada anus. Dari situlah mikroorganisma akan sampai ke mulut vagina. Di sini mikroorganisma akan berkembang biak sehingga menimbulkan gejala seperti kegatalan dan rasa tidak selesa.

3. Jangkitan boleh datang dari berbagai sumber mikroorganisma terutamanya:• Bakteria• Kulat


4. Gejala dan tanda-tanda jangkitan bakteria:• Cairan/lendir keputihan bertukar kepada kuning• Berbau hamis• Rasa gatal pada kemaluan.

5. Gejala dan tanda-tanda jangkitan kulat:• Cairan/lendir keputihan seperti susu bergumpal• Berbau asam• Rasa gatal pada kemaluan• Bahagian kemaluan merah dan membengkak

Tanda-tanda keputihan
Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.Bagaimana Pula Bentuk Cairan/Lendir Yang Tidak Normal?• Cairan/lendir yang tidak normal biasanya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.

• Kebiasaannya saluran reproduktif wanita mengandungi kuman pelindung yang dikenali sebagai Doderlin Bacillus. Ia menghasilkan asid laktik yang menjadikan faraj berasid dan tidak sesuai untuk kuman atau kulat dari luar. ....

• Walau bagaimanapun dalam sesetengah situasi, kawalan kuman semula jadi atau kuman pelindung faraj ini boleh hilang disebabkan penggunaan bahan pembersih yang bertindak secara langsung membunuh kuman semula jadi tersebut. Oleh kerana itu, berhati-hatilah dalam memilih pembersih yang sesuai. Pengambilan antibiotik untuk jangka masa yang panjang juga kadangkala turut membunuh kuman semula jadi. Maka dalam situasi ini kuman dan kulat mudah membiak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan