Masalah Keputihan dalam kalangan wanita

MASALAH KEPUTIHAN WANITA JIKA TIDAK DIRAWAT
Apakah kesannya jika keputihan tidak dirawat?Banyak kajian yang telah dilakukan keatas wanita yang mengidap keputihan ini.
Dalam Panduan Merawat Keputihan ada menyatakan kesan sampingan daripada keputihan adalah seperti:


1) Jangkitan pada saluran kencing
2) Sukar untuk hamil
3) Jangkitan pada bayi dalam kandungan

Menurut majalah WomenHealth, keputihan adalah satu jenis penyakit seksual.
Ini bermakna keputihan boleh berjangkit kepada pasangan anda! Begini caranya ya keputihan itu berjangkit..mula-mula wanita itu akan mengeluarkan keputihan yang berbau kurang menyenangkan. Kemudian apabila ia ‘bersama’ dengan pasangan, keputihan itu akan menyebarkan bakteria kepada bahagian sulit lelaki.
Selang satu hari, bahagian sulit lelaki akan mula terasa gatal dan berkuping! Ada sesetengah kes dimana bahagian sulit lelaki akan mengeluarkan air ‘bisa’ pada kawasan yang dijangkiti. Menakutkan bukan ?
Setiap penyakit ada penawarnya asalkan kita rajin berusaha,Insyallah

Jangkitan disebabkan hubungan kelamin (STD)
Jangkitan yang disebabkan oleh hubungan kelamin memerlukan rawatan yang perlu dilakukan kepada kedua-dua pasangan (sama ada pasangan ada menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan atau tidak, dia tetap perlu dirawat). Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing dan juga kemandulan.

Antara penyebab STD ini ialah jangkitan parasite Trichomonas, Chlamydia, virus Herpes dan bakteria Gonorrhoea. Trichomonas dan Chlamydia menyebabkan rasa gatal dan pedih. Selain daripada itu, discharge tidak berwarna tetapi berbau busuk. Jangkitan kuman Gonorrhoea pula menyebabkan discharge yang berwarna kehijauan ataupun gelap.

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing dan jika wanita tidak peka dengan kebersihan kendiri, membersihkan kemaluan seperti mencuci najis dengan tangan menyapu air dari lubang najis ke kemaluan atau menggunakan tisu pelembap, dengan menyapu dari bawah (lubang najis) ke kemaluan.

Ramai wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Keputihan terjadi antara disebabkan 2 sebab ini,Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.Jika jangkitan kulat ini tidak dirawat maka kesannya akan menjadi bertambah teruk.Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ organ penting dalam tubuh anda

Jangkitan bakteria dan kulat ini juga boleh menjangkiti pasangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan